Monday, February 25, 2013

KEK CAWAN MAMA YANG PERTAMA

SALAM UNTUK SEMUA,

Blog ini dihasilkan atas usaha gigih seorang ibu tunggal yang telah banyak melalui dugaan dan cabaran hidup dengan berusaha untuk keluar dari kemiskinan hidup demi anak anak  dengan memulakan perniagaan kecil kecilan. KEK CAWAN atau lebih dikenali dengan nama CUP CAKE adalah titik mula si ibu menjana pendapatan secara tidak lansung sambil bekerja disebuah kilang memproses kotak di Kawasan Peindustrian Merlimau, Melaka.

Tempahan 1 dari teman sepejabat

Tempahan 1 dari teman sepejabat
Bekerja 12jam sehari dgn pendapatan yang cukup cukup makan atau kais pagi makan pagi kais petang makan petang, beliau tetap berusaha untuk memajukan diri untuk keluar dari kancah kemiskinan yang melampau ketika itu. Mempunyai anak seramai 5 org ketika itu berusia 15thn - 2thn saya tetap gigih utk memberikan yang terbaik kepada anak2.

Pekerja Kilang 2006
Pengawal Keselamatan 2010
Penyelia Pentadbiran 2011 - sekarang

Perjalanan kehidupan yang begitu mencabar membuatkan saya begitu tabah dalam membesarkan anak anak dan kerjaya selari dengan keadaan semasa sekarang ini. Kini saya terus berusaha untuk maju selangkah kehadapan dengan menjadi sahabat AIM atau AMANAH IKHTIAR MALAYSIA. Dengan bantuan yang diterima saya kini saya sudah mampu untuk berdiri diatas kaki sendiri demi masa depan yang lebih cemerlang dan terbilang.